May 31, 2010

Tag + Award

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bayar hutang tag..hu3..sorry lambat sikit..First tag dari Adah, Seni Itu Indah dan Captain88
. Thanks Adah and seni itu indah dan captainn88 sudi tag sakura..


Soalan yg perlu dijawab.

1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
Nak kena siapkan system..hu3..

2. Apakah nama samaran you all ?
Sakura

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
Allah & Rasul,Family and my frenz

4. Panggilan untuk sidia .
Si dia?? sape tu??

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa .
Kucing comei..heheh

6. Blog mana yang you all suka visit ?
blog yang selalu ziarah aku...

7. Tag kan kepada 15 blogger you all .
jap ye tengok kat bawah

Ni lagi satu tag dariTTT. Thanks TTT sudi bagi award ni ^_^



Aku nak turunkan award ni kat2 pakar2 blogwalking ..Yang selalu terjah rumah aku yang tak seberapa ni..antaranya...

Kepada kawan-kawan yang ditag boleh pilih nak buat yang mana satu..kalau nak buat dua2 pun boleh juga..heheh
caliph
Minie
snow white
cik qiqi
Apek
Adda

May 29, 2010

Flushies Giveaway

Assalamualaikum.

Tadi masa tengah blogwalking jumpe satu giveaway best dari selipar jepun. Cuba tengok gambar jat bawah tu..best tak hadiah yang selipar jepun bagi?? Dah lama aku teringin nak plushies ni..comel sangat!! kalau ada kawan-kawan yang berminat nak join giveaway ni, jom kita terjah rumah selipar jepun ^_^



p/s:Esok nak pergi Youth'10 lagi.Oyeahh..Hari jumaat hari tu dah pergi. Rasa teruja sangat jumpe Dato' Siti dengan Noh..hahha..Jom ramai-ramai kita g PWTC esok

May 26, 2010

Youth'10 di PWTC

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Esok hari jumaat aka Hari Wesak. Selamat Hari Wesak. So kiranya esok cuti la kan!! Oyehhh bestnya minggu ni keje 4 hari je pastu cuti 3 hari..hehe..

Ermmm..nak bagitaw ni hari minggu ni ada program Youth'10 dekat PWTC. Ada sesiapa nak pergi tak?? Tiket free ni untuk program 3 hari 3 malam. macam-macam aktiviti ada..Kalau ada sesiapa berminat nak pergi clik sini untuk dapatkan pas percuma anda.. Tiket FREE



Lagi satu nak citer dekat korang aku dah boleh cashout kan youthsays..hehe..Bestnya!! akhirnya boleh jugak cashout..Tima kaseh la kepada kawan-kawan yang tolong support kempen-kempen dari youthsays ni.. Kalau ada sesiapa yang tak join lagi boleh la clik sini ye untuk daftar JOIN

p/s: lagi 3 minggu nak habis LI..cepatnya masa berlalu

KTM ada Coach untuk Perempuan

Assalamualaikum

Hari ni nak citer sikit pasal train..Ada apa dengan train?? hehe..mesti korang dah taw kan KTM dah buat special coach utk perempuan. Coach tu ada kat tengah-tengah. Hari tu first time naik coach perempuan ni.. Hurmmm..alhamdulillah bagus KTM buat macam ni..tak ada la perempuan-perempuan terhimpit dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrim kan.


Ni gambar dekat Kepong Sentral masa tengah tunggu train sampai.


Sempat lagi snap gambar before naik train..hehe

Rasa best keluar hari tu sebab tak payah berhimpit-himpit dengan lelaki..huhu.. Masa on the way balik pulak pak cik gard tu siap halau lagi lelaki-lelaki yang tak paham bahasa yang still masuk coach perempuan..bagus pakcik..Bengang je aku tengok muka dorang..huhu..apa boleh buat..

May 23, 2010

Big Fish Moment with Pizza Hut

Assalamualaikum dan selamat petang.

Best tak cuti hujung minggu korang? Mesti ada yang balik kampung, dating, ker keluar jalan-jalan macam aku je??..apa-apa pun kita mesti gunakan cuti hujung minggu kita sebaik-baiknya..hahha..poyo betol.. Jom jalan-jalan cari Pizza !!!



Sebenarnya sejak iklan pizza ikan tu melekat di blog aku beberapa minggu yang lalu, tiap-tiap hari tengok iklan tu..teringin pulak nak mencuba.. So hari minggu hari tu aku pun ajak la member-member aku pergi makan Pizza ikan tu.. Tempat yang dituju Pizza di Alamanda Putrajaya. Jauh betol aku mencari pizza ikan ni...hehe..akhirnya sampai juga ^_^ . Clik gambar untuk tumbesaran yang sempurna.


Naik ERL ke Putrajaya. Ikan tak sempat nak pancing pergi beli kat pasar je..hehhe


Jauh betol perjalanan..Akhirnya selamat sampai ke Pizza.Terus tengok menu..hehe


Posing depan cermin before order..tu yang nampak gegar..hahaha


Ooppss..nampak sangat tak sabar nak makan..


Ermm..nape aku tak de masa ni...


Oyehhh!!! Pizza Ikan dah sampai..Sedapnya!!


Nyum-nyum !!!


Pizza ikan yang banyak dengan Cheese ^_^


Time to eat..Jemput makan semua..hehe


Berbaloi perjalan yang jauh untuk mencari sesuap pizza..lalala


Khusyuk betol kalau makan..tak pandang lain dah..


Tengok pizza dah tinggal separuh


Budak tak cukup kasih-sayang nak manja-manja.. Tengok muka orang suapkan..Muka tak puas hati..tapi aku taw die ikhlas..hehe


Dah habis makan..kenyang sudah


Nak balik dah..posing sini dulu sebelum balik..hehe


Bergambar sebelum balik..Bye-bye pizza nanti kitorang datang la ek!!

Kepada kawan-kawan yang tak try lagi Pizza Ikan ni..Jom la try!! Memang BEST.. Rugi kalau tak try.. kalau nak syok lagi pergi la dengan family atau kawan-kawan korang. kalau pergi sorang-sorang mana best kan.. Makan Pizza Ikan bersama-sama kawan-kawan aku adalah antara detik-detik paling manis dalam hidup aku.hehe..ok adios

May 19, 2010

Hadiah Best dari CoretanMayaku

Assalamualaikum semua

Hari ini masa tengah blogwalking aku jumpe satu giveaway dari coretanmayaku. Lama dah tak join giveaway ni..nak taw apa hadiahnya..cuba tengok gambar dekat bawah. Bestkan..Giveaway ini sempena meyambut ulangtahun tahun blog tuan rumah.



Kalau ada sesiapa yang berminat nak join giveaway nijom kita terjah sini coretanmayaku

May 17, 2010

Jom CashOut Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni first time aku nak cash out Nuffnang selepas dua bulan aku berblogging. Excited tak sabar rasa nak dapat cek dari Nuffnang!!heheh.. Duit terkumpul tu tak ada la banyak sangat cukup-cukup la nak buat beli topup masa menganggur nanti..


Clik untuk tumbesaran yang sempurna

Cuba tengok dah RM0.00 kan. Lepas ni kena usaha lagi supaya tabung aku ni bertanbah lagi. Harap-harap buffered earning yang tengah berjalan tu dapat tambahkan amount tabung aku ni.

May 15, 2010

Selamat Hari Guru!!

Assalamulaikum. Selamat hari minggu semua!!! hahaha..Hari ini antara hari yang sangat bermakna dalam hidup aku dan hidup korang jugak kan! Hari ini kan hari untuk kita mengenang jasa guru-guru yang telah menabur jasa mengajar kita dari tadika sampailah masuk ke universiti.


Gambar pinjam dari mr google

SELAMAT HARI GURU untuk cikgu-cikgu aku yang mengajar aku dari tadika -> sekolah rendah -> sekolah menengah sampailah ke Universiti. Jasa-jasa cikgu-cikgu semua tidak akan aku lupa sampai bila-bila..

Lagi satu buat kawan-kawan aku yang dah jadi cikgu tu..SELAMAT HARI GURU korang semoga korang dapat jadi cikgu yang baik dan disayangi anak-anak murid.hehhe.. Ooppss lupa pulak kepada kawan-kawan blogger yang bergelar cikgu aku pon nak ucapkan SELAMAT HARI GURU jugak..Semoga anak bangsa kita semakin berjaya dengan didikan anda semua yang bergelar guru!!!

May 10, 2010

Saya Suke Hari Minggu

Assalamualaikum dan selamat petang. Sorry dah banyak hari tak update blog..huhuhu.. Sebabnya hujung miggu hari tu tak sempat nak mengadap lappy lama-lama, sempat balas kunjungan kawan-kawan je. Aku asyik pergi berjalan-jalan.. heheh..jom layan picture hari miggu lepas ^_^

Hari sabtu ada reunion..ermmm boleh dikatakan reunion ker kalau 8 orang? Lama tak jumpe my friends..rindu betol..pang sekali..

Lokasi midvalley - Makan-makan dekat Mc'Donals
- Main Bowling
Times Square - Dinner dekat Hankuk Ramyum + amek gambar( penting)


Comel tak kawan-kawan saye ^_^


Gambar ni depan pintu masuk tempat main ala-ala genting. Tak dapat masuk ambil gambar pon jadilah kan.

Hari ahad keluar lagi. Ish-ish asyik keluar sokmo!! Aku teman dengan officemate pergi cari baju raya sambil-sambil tu boleh la cuci mata kan.. Tempat tujuan Jalan Masjid India. Tempat yang best untuk cari baju pasang dan tudung. Malam kitorang pergi makan Steambot and BBQ kat Sungai Buloh. Best kat situ. Insyaallah nanti kalau aku rajin aku upload gambar ok.

*notakaki - aku rasa banyak makan dari jalan-jalan..lalala

May 7, 2010

Sebiru Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat petang.

Oyehh esok dah hari minggu. Hari yang ditunggu-tunggu. Ada orang tu asyik membilang hari bila nak sampai hari minggu. NeeQ Ngah sok dah hari minggu!!! hehe..Bestnya nak keluar jumpe dengan my friends. Nanti dah habis LI dah susah nak jumpe dorang.hu3..

Untukmu sahabat..Jom layan lagu ni jap.



kat bawah lirik lagu ni

Sebiru Hari Ini
Birunya Bagai Langit Terang Benderang
Sebiru Hari Kita Bersama Disini

Seindah Hari Ini
Indahnya Bak Permadani Taman Surga
Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah

Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu
Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi
Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya
Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah

Selamat Jalan Teman
Tetaplah Berjuang
Semoga Kita Bertemu Kembali
Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini

May 5, 2010

Cherry Blossom yang Cantik

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni just nak kongsi gambar-gambar je dengan korang. Gambar ni aku import dari London taw..jauh tak..he3. Ermm..sebenarnya ni gambar dari blog Long hafiz. Aku dah mintak kebenaran dari die untuk ambik bebererapan keping gambar dari blog die. Gambar ape yang menarik hati aku tu ye?? Hurmm.. jom kita usha kat bawah ni. Klik setiap gambar untuk tumbesaran yang sempurna k.







Ni la gambar pokok SAKURA. Cantik kan. Hurmm bila la dapat jumpe pokok SAKURA face 2 face..heheh..

Jom Jawab Tag

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang ni aku nak jawab tag lagi ye..he3.. Kali ni dari mira. Thanks ye mira sudi bagi sakura award ni ^_^.



at some reason while recieve dis awrd, i should:
1. Thank n link d person dat gave u d award 2. Pass dis onto 15 bloggers u've recently discovered n think r fantastic 3. Contact said Blogs n let them know they've won d award 4. State 7 things bout urself_*

7 things bout me, honestly:-

* suke kucing
* suke tengok citer korea
* suke keluar jalan2 dgn my friends
* suke baca novel
* suke tido..hak3
* mudah simpati..
* pendiam..he3..

Lagi satu tag nak jawab ni. Award ni Apa Khabar Orang Kampung yang bagi. Thanks ye bagi sakura ^_^



Saya nak bagi bloger award ni kat kawan kawan bloger yang selalu berkujung kat blog saya. sebelum tu jawab lah beberapa soalan ye ?

1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
3 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
4. THING YOU DONE YESTERDAY:-
5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?

3- sakura
4- ermmm g kerja, makan , tido, ape lagi ye...
5. FIVE WAYS TO BE HAPPY
- gembirakan mak ayah kita..klu dorang hepi kita pon hepi jugak kan
- tengok citer lawak
- sentiasa buat baik dgn org
- selalu senang hati n tersenyum - ni tips nak awet muda he3..
- elakan berhutang keliling pinggang..he3..

6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?
- nak bawak mak n ayah g haji
- nak g melancong ke korea
- beli keta idaman
- duet lebih simpan..

Kawan- kawan yang bertuah:(korang boleh pilih nak jawab yang mana satu ye ^_^ )
- sue
- miss lolipop
- missXYZ
- unniesya
- nida
- ninis

May 3, 2010

First Buffered Earning

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Yippee..sambil lompat-lompat. he3..suke sangat akhirnya Nuffnang telah memberikan kasih sayang kepada aku. Sudah sekian lama aku tunggu akhirnya Nuffnang dengan baik hati bagi my first buffered. Thanks Nuffnang.



Clik gambar untuk tumbesaran yang sempurna ^_^

Banyak tip-tips yang aku belajar semasa sesi terjah-menerjah blog ni antaranya dari sis dahlia. Blog sis dahlia memang banyak info tentang cara-cara nak upkan trafic korang dan banyak lagi tips yang best-best. Kalau nak taw kena la pergi terjah blog beliau.he3..

Blog uncle pon best. Banyak yang aku belajar yang paling latest tentang feedburner. Aku pernah dengar tapi tak taw kegunaan feedburner tu.lepas baca dari blog uncle barulah aku taw betapa pentingnya feedburner ni..hu3...

Ermm..sebenarnya banyak lagi blog-blog yang bagi info tentang cara-cara nak dapatkan buffered ni dan juga upkan trafic ni. Tapi kali ni aku senaraikan dua je dule ye..

oke stop bebel dulu nak pergi lunch ni...

Beautiful Blogger Award

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni mood nak bayar hutang tag. hu3.. Terima kasih kepada maheyra and captain88 and puput and susue and saiedah and ikeen kerana sudi bagi award ni dekat aku. Thanks ye korang ^_^.
* update sikit. dapat award ni lagi dari sera n linda musee and kamaryeah..thanks ya..sakura edit sini saja ye ^_^

1. buat n3 ttg award cantik nie ( DONE )

2. copy badge Beautiful Blogger Award ( DONE )

3. say THANK YOU and LINK BACK kepada pemberi award pd entri anda ( DONE)

4. senaraikan 15 penerima blogger award seterusnya (DONE )
7 org jelah..15 banyak sangat..hu3

-Bie
-aishah
-D.I.H
-Iza
-Adda
-irahehe
-Nadia Dizarch
-rainbow

May 2, 2010

SS501 and Lee Hyori Chitty Chitty Bang Bang

Assalamualaikum. Ni entry kedua hari ni. Rajin la pulak aku update blog hari ni. hee sebab aku bosan dan terasa rajin nak menaip. Tak da apa-apa yang menarik sangat pon just nak kongsi ngan korang benda yang aku belajar je. Maklumlah ilmu cetek lagi so kenalah mencari ilmu kan..

Cuba tengok gambar pakwe-pakwe hensem kat bawah. Hensem tak?? he3. Sedikit info, male group from korea, SS501. Dorang akan keluarkan new album dalam masa terdekat ni. Tapi aku bukannya nak citer tentang SS501, cuba clik gambar tu untuk tumbesaran yang sempurna.



First tengok kat blog akuperasanbaik. Terus jatuh hati. tu yang mintak tuan rumah akuperasanbaik ajarkan.hak3. Jakun jap.Special thanks to NaOmei yang tak jemu-jemu mengajar aku dan jugak empunya coding puput. Thanks puput.

Ni video artis korea jugak ye.Sorry la hari ni mood korean sudah sampai so entry pon berbaur korean sikit. Thanks adah ajar kita upload video dari youtube.. hehe.. serious tak taw nak buat macam mana. dengan muka tak malunya tanya adah..he3 thanks taw.


Jom layan lagu dari Lee Hyori - Chitty Chitty Bang Bang