Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Feb 8, 2011

My HoliDay

Minggu lepas balik kampung. Bestnya!!!!!!!!Jjang!!!! rasa tak puas je balik..hampir-hampir nak amek cuti tambahan sendiri..hehehhe. Sorang kawan sekolah aku kawen lagi..bila la nak sampai turn aku ney???hahhaha mana la pemilik tulang rusuk aku ney...

Ade sape-sape tahu tak macam mana nak ubatkan kucing yang rabun??? huhuhu kesian echot aku..rabun bila jalan mesti langgar barang..nak makan pom aku kena letakkan depan hidug die baru die makan...huhuhu sedey wei..risau kalau die keluar jalan-jalan then terlanggar pokok ker, jatuh dalam parit ker...huhuhu..help!!!!help!!!

Hari ni g basoh moto aku yang dah sebulan tak berbasuh..first time basoh dekat kedai..MAHAL!!! laen kali xmau dah g basoh situ!!! Kepada AKU..lepas ni rajen-rajen kan la diri basoh moto sendirik k!!!

Nov 22, 2010

Hari Yang Panjang

Assalamualaikum

semalam baru sampai sini...lambat giler 9 jam aku atas bas..
sepatutnya sampai pukul 9 lebey tapi pukul 12 malam baru sampai..
letih + lapar = sedey
huhuhu...dugaan betol balik kali ni..

Hari ni aku dah masuk keje lepas 5 hari cuti raye....
banyak keje nak kena setel lepas cuti..
huhu sedey..tak best... rasa macam tak bape nak betol je hari ni...
awak cepat la balik sini...
tak de tempat nak bergantung ney..rasa lost..hukhukhuk
awak bawak balik tulang belakang saya..cepat la bawak sini balik!!!

urghhhh...tak nak g keje esok!!!!

Nov 5, 2010

Nak Balik......

Assalamualaikum.

Hepi Depavali untuk semua rakyat Malaysia..hehehhe. bestnya cuti 3 hari. tapi lagi best kalau boleh balik kampung jumpe mak ngan ayah dan juga kucing2 aku!!! rindunya nak balik rumah..harap2 cuti untuk raye haji ni diluluskan. uwaaaaa!!!! nak balik... kena recharge energy dulu kat rumah..bateri dah low ney....huhhuuhu

-------------------------------------------------------------------------------------------------
sudah bersedia ker untuk pikul tanggungjawab?
takot nak melangkah satu tapak lagi ke hadapan..
adakah sebab aku takot jatoh tersungkur??
ataupon takot untuk menerima kenyataan yang sudah tiba masanya untuk itu??huhuhu

kadang-kadang terpaksa jadik hipokrit untuk sedapkan hati sendiri dan orang sekeliling...
tapi hakikatnya..hanya hati aku je yang tahu...
aku nak cuba yang terbaek untuk diri aku!!!
walaupon susah, perit,saket.....
harapanku...
agar aku jumpe apa yang aku cari dalam masa terdekat ni...
Ya Allah bantu la hambamu yang lemah ini....

asyek aku je jaga hati kau...
hati aku sapa nak jaga???hahhaha..sadis je bunyi..
makan hati berulam jantung...erkk..sedap ker???
aku dah penat kejar..sekarang nak rehat jap..
pikir yang mana betol yang mana yang salah...
rasa macam berat je bahu

ok..dah habis merapu nak chow dulu..adios

Sep 30, 2010

Jom Balik Kampung!!!

Salam semua.

Lama tak aku tak update blog..kekeringan idea..huhuhu.. Malam ni nak balik kampung!! Oyehhhh.. dah 2 minggu kat sini. akhirnya boleh jugak balik rumah bawa berita gembira. RumahKu SyurgaKu.

Bila balik ni banyak benda nak kena setel..kenduri akikah baby, setel pasal konvo (banyak lagi yg tak setel ni)..huhu harap-harap semua sempat sebelum aku konvo nanti. Rindu dekat kucing-kucing aku expecially new born baby. mesti dah besar sekarang ni. Paling rindu mak ngan ayah aku!!!! huhuhu
pinjam dari mr Google

p/s: doakan sakura selamat sampai ye=)

Sep 5, 2010

Selamat Hari Raye !!!

Assalamualaikum semua

Tanggal 30 Ogos 2010 lahir seorang lagi putera dalam family aku. Sorry lambat sikit nak update kat sini..sibuk semedang sejak akhir-akhir ni.. hehehhe. Baby ni merupakan anak kedua dalam family abang aku.
Latest Picture...

Kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua kawan-kawan tak kira la pernah berjumpa atau tidak. Ampun maaf dipinta kalau-kalau ada terkasar bahasa, tersaketkan hati dengan tak sengaja.. huhu sorry ye kawan-kawan

Esok dah raye kan.. so aku cuti blogwalking untuk sementara waktu. Sibuk nak buat persiapan raye. Insyaallah lepas raye kita sambung bw ye.. Terima kaseh kepapa kawan-kawan yang singgah blog sakura.. insyaallah lepas raye ni atau kalau sempat curi-curi masa sakura akan balas jejak korang semua k. Selamat Hari Raye Semua =)