Aug 26, 2010

Bazar Ramadhan

Assalamualaikum semua.

Lamanya tak update blog kan..dah nampak bersawang dah rumah aku ney..Sapu-sapu siket buang habuk-habuk.

Kalau tiba bulan Ramadhan, mesti ramai kan yang nak pergi bazar. Nak beli juadah berbuka. Bukan malas nak memasak..tapi nak tambah koleksi makanan yang dah masak dan jalan-jalan cuci mata..hehehhe..ooopss tak baik bulan puasa..ish-ish apa nak jadi ney..

Petang tadi aku ada pergi bazar ramadhan dekat Stadium Darul Aman, Alor Star.. Besar jugak la bazar kat situ..penat jugak aku tawaf bazar tu..macam-macam ada jual, rambang mata nak pilih. hehehe..Last-last just beli sup daging, oren jus dengan kueh je sikit. Bila dah banyak sangat pilihan tak taw la pulak nak makan ape.. beli tapi jangan membazir taw!!

p/s: Jom buat kueh raye..tapi tahun ni tak de semangat la nak buat kueh raye..huhu

Aug 16, 2010

Rezeki Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hari ni dah masuk hari ke-7 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Rasa cepat je kan masa berlalu. Tak lama lagi dah nak raye. Sape-sape yang belum beli baju raye tu cepat-cepat la pergi beli k. nanti kalau lamba-lambat takot tak sempat pulak kan.hehehe


Alhamdulillah ada rezeki dari Nuffnang pada bulan Ramadhan ni. Aku dapat BE baru.. Oyehhh!!! Harap-harap BE ni cepat-cepat la gemok nanti boleh la dapat duet raya yang banyak..hehehe . Iklan terbaru yang jadi BE aku Lelong.my Shop & Win Contest. Moga rezeki kita makin bertambah bulan Ramadhan ni. Amin~~

p/s: Selamat berbuka puasa semua ^_^

Aug 12, 2010

Giveway Contest dari Kak Ros

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ini merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa. ok hari ini aku nak join giveaway yang dianjurkan oleh kak ros. Giveaway ini dianjurkan sempena menyambut bulan Ramadhan. Untuk maklumat lanjut mengenai giveaway ini sila clik SINI

Hadiah utama 6pcs homemade choc with/wo filling with bookstyle packing

Hadiah saguhati 2pcs homemade choc with/without filling perset

Jom kita ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^_^

Aug 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan !!!!!

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sempena bulan yang mulia bulan Ramadhan, aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua kawan-kawan. Hurmmm..lagi satu aku nak mintak maaf kalau selama aku berblog ni ada mengguris atau menyakiti hati kawan-kawan dengan sengaja atau tidak sengaja.. huhu


Semoga bulan ramadhan tahun ini kita dapat meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT..Amin...

p/s: rindu nak g bazar ramadhan ngan kawan-kawan dekat UMp dlu..

Aug 7, 2010

Layout Baru Sakura

Assalamualaikum kawan-kawan.

Semalam aku terlebih rajin mengodek layout blog aku ni ni. Rasanya dah nak dekat 6 bulan aku guna layout yang lama. Saje nak buat perubahan untuk menyambut kedatangan Ramadan beberapa hari lagi. hehehehe..

Ni rumah aku yang lama.. I'will miss u..hakhakhak..

Ok adios. Semoga korang suke layout baru ni dan rajin-rajin singgah sini macam biasa k ^_^

Aug 5, 2010

Epilog Syurga Cinta- Slot Akasia TV3

Assalamualaikum semua.

Sape tengok citer Epilog Syurga Cinta angkat tangan cepat !!! hehehehe.. Ada satu sebab yang menyebabkan aku mula tengok citer ni.. Sebab adik Mia Sara Nasuha..Comei kan Mia ni..kecik-kecik dah pandai berlakon. kalau la jadik adek aku..hehehehe..

Drama ni mula ditayangkan pada 2 Ogos 2010 iaitu pada hari isnin. Hari ni dah masuk episod ke-4. Watak-watak utama dalam drama ni terdiri daripada Zizan Nin, Fida dan juga adik Mia Sara Nasuha. Jom kita tengok watak-watak utama Epilog Syurga Cinta ni.

Mia Sara dengan heroin citer ni Fida. Dua-dua comei kan.

Ni pulak gambar hero citer ni Zizan Nin bersama Mia Sara

p/s : bosannya hari ni.. tak de sape-sape ker nak ajak kuar jalan-jalan...
p/s: jangan lupa tengok citer ni taw petang ni..hehehhe

Aug 3, 2010

Dini's 4th Giveaway

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni aku nak join Give Away yang kak ros tag aku beberapa hari yang lepas. GA ini dianjurkan oleh Dini. Untuk maklumat lanjut boleh melawat sini ye Dini's 4th Giveaway


dua kategori hadiah menanti korang...

kategori pertama:

CABUTAN BERTUAH

kategori kedua:

REFERRAL TERBANYAK

Tarikh tutup penyertaan give away ini:-
8 Ogos 2010 jam 1 tengahari

Tiga orang bertuah untuk ditag:-
BB Husain
Mak
Sweetsal
kawan-kawan lain pon boleh join juga ye GA ni ^_^

Aug 1, 2010

Aku dan MyVi Limited Edition

Assalamualaikum semua.

Hari ni just nak update citer weekend hari tu.. Aku keluar dengan member-member sekolah. Lama jugak la tak jumpe dorang. Last jumpe raya tahun lepas. Ye la kan masing-masing sibuk raye je la yang boleh jumpe. Kalau dah jumpe tu macam-macam citer, gosip la keluar kan..

Sebab utamanya kitorang keluar..Jalan-jalan naik kete baru..hehehhe.. memang pink betol kete kawan aku ni. Dalam kete pon ada corak bunga-bunga dan seat juga kaler pink..sangat sesuai untuk perempuan. Siapa-siapa yang suke kaler pink ni..sila la beli keta ni ok.heheheh

Aku Yang Bosan..

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari Ahad bersamaan 1 Ogos. Cepatnya masa berlalu.Lagi 10 hari dah nak puasa pulak..lepas tu raya. Oyehhh.. tak sabarnya nak tunggu raya!!! banyak perancangan lepas raya neh. Walau macam mana pon lepas raya ni aku kena dapatkan keje jugak.

Curi-curi amek gambar kat library ^_^

Disebabkan kesengalan berokband aka lembab macam siput... aku beralih arah jap hari ni. Pergi online dekat library.Laju beb free pulak tu..hehehe..lain kali buleh datang lagi ni. tapi keseronokan aku jap je la sebab bateri dah habis..huhu sedey.. lain kali nak datang kena pastikan semua perlalatan cukup..hahaha

ok bye nak g layan citer korea pulak..hehehe