Showing posts with label Buffered Earning. Show all posts
Showing posts with label Buffered Earning. Show all posts

Aug 16, 2010

Rezeki Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hari ni dah masuk hari ke-7 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Rasa cepat je kan masa berlalu. Tak lama lagi dah nak raye. Sape-sape yang belum beli baju raye tu cepat-cepat la pergi beli k. nanti kalau lamba-lambat takot tak sempat pulak kan.hehehe


Alhamdulillah ada rezeki dari Nuffnang pada bulan Ramadhan ni. Aku dapat BE baru.. Oyehhh!!! Harap-harap BE ni cepat-cepat la gemok nanti boleh la dapat duet raya yang banyak..hehehe . Iklan terbaru yang jadi BE aku Lelong.my Shop & Win Contest. Moga rezeki kita makin bertambah bulan Ramadhan ni. Amin~~

p/s: Selamat berbuka puasa semua ^_^

Jul 16, 2010

Oyehhhh Akhirnya Buffered Kembali !!!

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hari ini nak kongsi berita gembira dengan korang semua. Setelah sekian lama tak dapat buffered akhirnya hari ni Nuffnang dengan baik hatinya bagi satu buffered kat rumah aku ni. Banyak sebab aku tak dapat BE beberapa minggu ni..antaranya sebab status gliterati ditarik balik sebab letak link dari Youthsays kat rumah aku ni. ermm..lagi sebab trafic tak mantap..kurang dari 100..hahhaa..mana la BE nak lekat kat rumah aku kan.. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak BE.. bertambah semangat nak blogwalking..walaupun kadang-kadang tenet lambat macam siput sedot..huhu..



Ni BE yang aku dapat untuk hari ni..Iklan dari Nestle Nescafe . Aku harap BE ni cepat-cepat gemok..hehhe..ok stop sini dlu nak g makan

p/s: doa awak dah termakbul...

May 17, 2010

Jom CashOut Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ni first time aku nak cash out Nuffnang selepas dua bulan aku berblogging. Excited tak sabar rasa nak dapat cek dari Nuffnang!!heheh.. Duit terkumpul tu tak ada la banyak sangat cukup-cukup la nak buat beli topup masa menganggur nanti..


Clik untuk tumbesaran yang sempurna

Cuba tengok dah RM0.00 kan. Lepas ni kena usaha lagi supaya tabung aku ni bertanbah lagi. Harap-harap buffered earning yang tengah berjalan tu dapat tambahkan amount tabung aku ni.

May 3, 2010

First Buffered Earning

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Yippee..sambil lompat-lompat. he3..suke sangat akhirnya Nuffnang telah memberikan kasih sayang kepada aku. Sudah sekian lama aku tunggu akhirnya Nuffnang dengan baik hati bagi my first buffered. Thanks Nuffnang.



Clik gambar untuk tumbesaran yang sempurna ^_^

Banyak tip-tips yang aku belajar semasa sesi terjah-menerjah blog ni antaranya dari sis dahlia. Blog sis dahlia memang banyak info tentang cara-cara nak upkan trafic korang dan banyak lagi tips yang best-best. Kalau nak taw kena la pergi terjah blog beliau.he3..

Blog uncle pon best. Banyak yang aku belajar yang paling latest tentang feedburner. Aku pernah dengar tapi tak taw kegunaan feedburner tu.lepas baca dari blog uncle barulah aku taw betapa pentingnya feedburner ni..hu3...

Ermm..sebenarnya banyak lagi blog-blog yang bagi info tentang cara-cara nak dapatkan buffered ni dan juga upkan trafic ni. Tapi kali ni aku senaraikan dua je dule ye..

oke stop bebel dulu nak pergi lunch ni...